Read Marshall Gittler’s Week in Focus in Malay, translated by Wordwide FX Financial Translations and powered by FXPRIMUS.
FXPRIMUS Week in Focus for the week beginning 13 June: Fed, BoJ, SNB & BoE meetings; China data; US Fed surveys & retail sales; UK retail sales
Tumpuan Minggu Ini untuk minggu bermula 13 Jun daripada FXPRIMUS: Mesyuarat Rizab Persekutuan, SNB & BoE; data China; tinjauan Rizab Persekutuan & jualan runcit AS; jualan runcit UK

Ahli falsafah Cina, Lao Tzu berkata, “Dengan tidak melakukan apa-apa, segala-galanya selesai.” Mungkin itulah tema minggu ini apabila empat mesyuarat bank pusat utama – AS, Jepun, Switzerland dan Britain – dijangka tidak membuat apa-apa perubahan dalam dasar mereka. Tetapi seperti biasa, kenyataan susulan mesyuarat akan menjadi bahan analisis terperinci.
Semua bank pusat mesti mempertimbangkan kesannya jika mereka mengganggu pasaran kewangan seminggu sebelum undian Brexit. Dikatakan, kepentingan sesuatu keputusan ialah betapa mudahnya ia boleh diterbalikkan. Walaupun jika AS memilih Presiden Trump, keputusan itu boleh diterbalikkan empat tahun kemudian, tetapi kesan Britain meninggalkan EU akan mengambil masa yang lebih lama. Keadaan tersebut menjadikannya keputusan yang sangat besar dan menyangkal sebarang perubahan dalam dasar oleh bank-bank pusat utama pada minggu ini.

Mesyuarat Rizab Persekutuan akan mendahului dan seperti biasa merupakan peristiwa utama. Persoalannya bukanlah sama ada mereka akan membuat perubahan, tetapi lebih kepada apakah yang mereka akan gambarkan tentang kemungkinan berlakunya perubahan pada bulan Julai atau selepas itu. Adakah FOMC akan mengambil tindakan yang sama seperti mereka lakukan pada Oktober lepas, apabila mereka mengatakan perkara yang perlu mereka lihat untuk meningkatkan kadar pada mesyuarat yang berikutnya? Apakah yang akan mereka lakukan dengan kenyataan dalam perenggan pertama mereka yang menyatakan “perolehan pekerjaan yang kukuh”? Walaupun tiada perubahan dalam kadar, masih terdapat banyak ruang untuk kenyataan itu mengubah pasaran apabila mereka membentuk semula jangkaan tentang laluan dasar masa hadapan.
Bank of Japan mengekalkan kapasiti untuk kejutan, tetapi saya tidak fikir ramai orang menjangkakan mereka akan mengubah dasar pada masa ini. Memang benar mereka masih tidak dapat mencapai matlamat inflasi mereka dan yen semakin kukuh, tetapi sebaliknya, rintangan awam untuk menyeimbangkan ukuran semasa semakin bertambah dan Parti Demokratik Liberal yang memerintah tidak menyebut apa-apa tentang dasar kewangan daripada kenyataan dasar pada minggu lepas. Dengan USD/JPY semakin stabil, saya berpendapat mereka akan terus bertahan.
Untuk Switzerland, fakta utama ialah EUR/CHF hampir tidak berubah sejak mesyuaratnya yang lepas pada 17 Mac. Negara itu masih dalam keadaan deflasi, tetapi bertambah baik sejak awal tahun ini. Selain itu, barang-barang di Switzerland secara luar biasanya mahal yang mana seharusnya diturunkan. Selepas mesyuarat SNB yang lalu pada bulan Mac, EUR/CHF cuba untuk naik tetapi berakhir dengan penurunan sebanyak kira-kira 20 pip.
Bank of England mempunyai tugas yang berat seminggu sebelum Brexit. Kebanyakan data sejak mesyuarat mereka yang lepas adalah lemah. Oleh itu, mereka mungkin akan lebih bersikap prihatin dan tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar selepas undian Brexit (dengan andaian undian “Kekal”) berbanding sebelum ini. Dalam keadaan sedemikian, GBP boleh menjadi lemah selepas berita itu. Terdapat ketidaktentuan dalam GBP/USD pada bulan lepas selepas mesyuarat tersebut, tetapi pada penghujung hari, hampir tiada perubahan daripada permulaannya.
Di tempat lain, bersedia untuk data yang banyak dari China. Pengeluaran industri, jualan runcit dan pelaburan aset tetap, semuanya dikeluarkan pada pagi hari Isnin (selepas artikel ini ditulis) tetapi kita masih (mungkin) akan menunggu data pelaburan langsung asing, penawaran wang dan pembiayaan agregat. Penawaran wang dan data pembiayaan akan membantu menyelesaikan persoalan sama ada kerajaan akan membiarkan ekonomi menurun secara perlahan-lahan dengan mengurangkan rangsangan atau menentang penurunan ini selama yang boleh. Hasil akhirnya mungkin sama, hanya laluannya sahaja berbeza.

Banyak penunjuk penting akan dikeluarkan di AS pada minggu ini. Antaranya termasuk jualan runcit; pengeluaran industri; dua tinjauan Rizab Persekutuan yang berpengaruh, indeks Empire State dan Rizab Persekutuan Philadelphia; PPI dan CPI; dan permulaan perumahan. Jualan runcit, pengeluaran industri dan permulaan perumahan dijangka agak lemah, tetapi dua tinjauan Rizab Persekutuan dijangka agak lebih baik dan CPI teras dijangka naik sedikit. Akhirnya, data ini akan memberi banyak ruang untuk perbezaan pendapat dan ketidaktentuan. Perlu diingat bahawa Indeks Rizab Persekutuan Philadelphia dan CPI akan dikeluarkan sehari selepas mesyuarat FOMC, oleh itu ia mungkin kurang penting berbanding biasa.

Banyak juga data penting akan dikeluarkan di UK, tetapi data-data ini mungkin tidak diambil berat berbanding mana-mana undian apabila semakin hampirnya pungutan suara Brexit. CPI, data pekerjaan dan jualan runcit biasanya menjadi data penting untuk UK, tetapi pada masa ini, menjadi kurang penting berbanding berita tentang pungutan suara ini.” Tiada satu pun daripada data tersebut memberi perbezaan jika UK memilih untuk keluar daripada EU, seperti yang ditunjukkan dalam undian terbaru. Itu akan menjadi peristiwa kewangan terbesar bagi tahun 2016.

Bagi EU, tidak banyak yang dijadualkan kecuali pengeluaran industri dan ucapan daripada Presiden ECB, Draghi pada hari Jumaat.