• Add
    Company

Indicators and events for 19 May

Wordwide FX Financial Translations

Wordwide FX Financial Translations is proud to translate FXPRIMUS’ Head of Investment Research into five languages on a daily basis. Read today’s fundamental analysis for the FX session in Malay.

FXPRIMUS Indicators and events for 19 May: UK retail sales, ECB minutes, G7 Finance Ministers and Central Bankers’ Meeting

Penunjuk dan peristiwa untuk 19 Mei daripada FXPRIMUS: Jualan runcit UK, minit mesyuarat ECB, Mesyuarat Menteri Kewangan dan Bank Pusat G7

UK terus menjadi tumpuan di Eropah pada hari ini dengan bacaan jualan runcit untuk bulan April. Jualan bulan ke bulan menurun untuk bulan Februari dan Mac. Dengan keadaan tersebut, jangkaan pemulihan pada bulan April adalah agak lemah. Kita sudah melihat pada hari Selasa dan Rabu bahawa data UK yang mengecewakan masih berkuasa menggerakkan nilai GBP, walaupun data pungutan suara Brexit adalah lebih penting. Bacaan yang lemah di sini besar kemungkinan akan memberi tekanan terhadap paun sterling, sekurang-kurangnya buat sementara.

Minit mesyuarat ECB melibatkan mesyuarat yang sebahagian besarnya menangani butiran teknikal dan dengan itu besar kemungkinan tiada perkara penting yang akan berbangkit. Satu-satunya kejutan ialah ulasan Presiden Draghi bahawa mereka boleh menggunakan semua alat yang tersedia jika mereka beranggapan ekonomi memerlukan rangsangan selanjutnya. Kenyataan tersebut bertentangan dengan mesyuarat bulan Mac, apabila beliau menyatakan bahawa kadar faedah secara asasnya sudah mencecah paras terendah. Sudah tentu kita berminat untuk mengetahui sebabnya pandangan beliau berubah dan terutamanya sama ada ia berkaitan dengan kekukuhan euro.

Indeks Persekutuan Philadelphia dan indeks aktiviti nasional Persekutuan Chicago akan diperhatikan dengan teliti selepas indeks pembuatan Empire State yang dikeluarkan menurun dengan ketara di luar daripada jangkaan. Malah, perubahan dalam indeks Empire State tidak memberi apa-apa tanda tentang kedua-dua bacaan tersebut. Walaupun dari masa ke masa bacaan-bacaan ini cenderung untuk sealiran, sejak Januari 2005 indeks Persekutuan Philadelphia telah bergerak pada arah yang sama seperti indeks Empire State hanya 46% daripada masa tersebut dan indeks Chicago dan Empire hanya 47%. Namun begitu, pasaran muungkin bersedia menerima bacaan yang mengecewakan, bermakna kejutan kenaikan besar kemungkinan akan memberi kesan yang lebih kukuh terhadap pasaran berbanding kejutan menurun. Oleh sebab itulah saya menjangkakan bacaan ini akan memberi kesan positif terhadap USD.

Akhir sekali, menteri kewangan dan gabenor bank pusat G7 memulakan mesyuarat dua hari mereka di Jepun menjelang mesyuarat G7 penuh pada bulan ini. Saya tidak fikir akan terdapat kenyataan rasmi, tetapi akan terdapat “Ringkasan Pengerusi” yang disiarkan di laman web mesyuarat G7 rasmi. Mereka mungkin mengeluarkan kenyataan yang menenangkan atas perintah tuan rumah Jepun yang bermaksud “ketidaktentuan aliran kewangan yang berlebihan dan pergerakan tidak teratur dalam kadar pertukaran memberi kesan yang besar terhadap ekonomi dan kestabilan kewangan,” seperti yang pernah dikatakan oleh G20. Kemudian, Jepun boleh menyatakan apabila mereka campur tangan bahawa G7 telah memberi kebenaran terhadap campur tangan untuk menentang “ketidaktentuan yang berlebihan” dan “pasaran yang tidak teratur”, dengan mudah mengabaikan hakikat bahawa negara itu jarang sekali mengambil langkah menentang “ketidaktentuan yang berlebihan” apabila mata wang mereka semakin lemah, hanya apabila ia mengukuh. Negatif untuk JPY.

Source: https://www.wordwidefx.com/
Disclaimer
!"#$%&'()*+,-./0123456789:;<=>?@ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ[\]^_`abcdefghijklmnopqrstuvwxyz{|} !"#$%&'()*+,-./0123456789:;<=>?@ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ[\]^_`abcdefghijklmnopqrstuvwxyz{|}